Kawan Abidsufi =)

Thursday, July 29, 2010

Fakta kew Auta?





1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.


3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.


4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.


5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.


6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia ) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.


7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.


8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun. .seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.


9.. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.


10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L, M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.


11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.


12. Tahukah anda?..Di negara Norway , terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.


13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.


14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.


15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.


16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.


17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.


18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.


19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.


20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia , beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.


21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.


22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.


23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.


24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.

Ikan Berkepala Buaya!



Masyarakat Indonesia dihebohkan dengan berita cicak vs buaya, di Sungai kawasan Jagir Surabaya, Jawa Timur juga ada berita yang sangat menghairankan masyarakat, ikan berkepala buaya telah ditemui. Ikan dengan panjang kurang lebih 70 cm ini ditemukan oleh seorang nelayan yang sedang memancing di sungai tersebut. Walaupun berita ini terdengar aneh,malahan masyarakat setempat ada yang menghubungkan ikan berkepala buaya dengan hal ghaib, namun sebenarnya ikan berkepala buaya ini sudah selalu ditemukan, dan memang benar wujud.


Ikan berkepala buaya termasuk dalam jenis Lepisus peus. . Padahal ikan tersebut benar-benar ada jenisnya. . Bentuk fisikal ikan tersebut hampir sama dengan ikan biasa, yang membezakan hanyalah kepala ikan tersebut serupa dengan kepala buaya.

Tak Bertanggungjawab?!

Emm... lama sungguh ku biarkan blog ni berhabuk. Dah la baru, tak bertanggungjawab pulak tu nak update.

Bukan tak bertanggungjawab, tapi dalam seminggu ni fikiran saya tak menentu asyik memikirkan hal keputusan peperiksaan yang macam nak tak nak je keluar. Berdebar tu jangan cakap la, rasa nak terkeluar jantung bila ada yang heboh kata keputusan dah tampal kat kuliah. Tapi, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi. Ada yang kata dalam minggu ni, ada jugak yang kata sebelum puasa, apa-apa pun yang sebenarnya tak ada tarikh khusus bila keputusan tu nak keluar. Oleh yang demikian, bersedia je la. Tu yang tak senang duduk tu. Bak kata pepatah la "makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah".

Tak cukup dengan keputusan periksa yang keluar segan, masuk tak mahu tu, saya pun agak sibuk dengan kelas mustawa yang saya sertai seminggu lepas. Sebagai mengisi masa yang terbuang dan menambah ilmu yang mana kurang tu (sebab tak balik malaysia tahun ni), berfaedah juga la daripada saya duduk saja-saja buang masa. Dah masuk kelas tu, mesti la ada homework. Bukan main banyak lagi ustaz tu bagi homework. Macam seronok je. Opkos la dia buat macam tu sebab nak bagi anak murid dia pandai macam dia. Tu yang tak sempat tu.

Ni pun ada lagi homework yang tak siap. Saja saya curi masa nak update dan post entri ni sebab saya rasa terharu pasal blog saya dah ada followers. Terima kasih banyak-banyak kepada followers kerana sudi follow blog saya yang baru lagi sederhana ni. Semoga kita boleh berkongsi idea dan mintak tunjuk ajar dari anda semua.

Tu lah seperkara dua yang agak menserabutkan dan menyibukkan saya dalam seminggu ni. Kepada kawan-kawan saya, saya mintak maaf banyak-banyak kalau dalam seminggu ni saya banyak menyusahkan, atau ada tersalah laku tersilap kata dengan kalian. Maklum lah, pemikir la katakan. Harap tak ada yang simpan di dalam hati. Di samping itu, saya juga mendoakan agar kita semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang kita lalui sebulan lalu.

Cukuplah sampai sini saya mengarang. Kot panjang sangat karang, bosan pulak orang baca. Semoga gembira dan ceria selalu.
Wassalam.





Saturday, July 24, 2010

Pelik tapi Benar



Cuba kita sama-sama fikirkan, kita ini jenis manusia yang macam mana, samada:

  1. Manusia yang suka ambil tahu
  2. Manusia yang malas ambil tahu
  3. Manusia yang tahu, tapi buat-buat tak tahu
  4. Manusia yang tak tahu dan malas ambil tahu
  5. Manusia yang tak tahu, tapi buat-buat tahu

Agak-agaknya yang mana satu adalah kita? Sambil-sambil kita fikirkannya, apa kata kita teliti 13 fakta menarik lagi benar ini. Mungkin ianya sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang hakikat yang kita sebenarnya dalam golongan yang sedikit sahaja tahunya (baca: ilmu Allah sangatlah luas).

  1. Secara puratanya, kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit bila kita mengadap komputer ni..tak percaya? cuba test tengok..hehe
  2. Tahukah kita yang lalat tu secara puratanya hanya hidup selama sebulan? Bayangkan kalau kita hanya ada sebulan..camne?
  3. Pukul ratanya, kita berjalan sejauh 160 billion milimeter sepanjang hayat kita..berapa kilometer tuh?cepat amik kalkulator..
  4. Berapa berat kepala kita? Purata beratnya ialah 3.6 kg..isk..isk..berat juga, ada apa dalam kepala kita nie?
  5. 100 billion sel saraf. Ini jumlahlah dalam kepala otak kita..ooo..patutla berat jer kepala kita.hehe
  6. Agak-agaklah kan, berapa helai rambut kat kepala kita ni? Berapa? sikit sangat tuh..puratanya ialah 100,000 helai..ermm..itu baru di kepala..
  7. Purata umur penduduk di Sierra Leone, Afrika ialah 41 tahun..
  8. Mata kita sentiasa berkelip, tapi berapa kali sehari? 14,400 kali sehari jumlahnya..Subhanallah..
  9. Kalau kita suka manis, mungkin kita memakan 60 kilogram gula setahun..patutlah gula habis kat kedai..hihi
  10. Berapa banyak kita minum sepanjang hayat kita? Jumlahnya, 800 gelen air..banyaknya kita minum..
  11. Kita akan mengantuk selama tujuh minit sebelum tidur..tak percaya, cuba cuba bila mengantuk, tapi mungkin kita tak sedar, sebab kita dah tidur dulu..hehehe
  12. Kita suka sangat bila dapat patah-patahkan jari-jemari..lega rasa, tapi kalau dihitung, secara puratanya dahpun mematah-matahkan jari kira-kira 24 juta kali..ni termasuk jari kaki yang busuk tau..
  13. Hujan yang turun adalah berkelajuan 35 kilometer sejam..laju juga tu..

Rupa-rupanya, banyak lagi perkara yang kita tak tahu. Apa yang penting, kita perlu sentiasa peka, rajin dan berusaha untuk tambahkan ilmu di dada.

dicopy dari sini

Amalan Yang Baik tapi Terbalik


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja ,bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia@tidak bahagia.


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Kisah Budin





Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing. Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.


Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mahsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza. Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.


Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.


Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sekijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.


Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.


Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak?


Tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...


Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.


Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...


Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!..




MORAL: JANGAN SESEKALI BERNIAT BURUK

Tuesday, July 20, 2010

JALINAN KASIH MEMBINA UKHWAH




Sudah lama saya berhajat nak menulis entri ini. Tapi apakan daya, masa teramat lah mencemburui

saya untuk berbuat demikian. Alhamdulillah, hari ini dapat juga saya mencuri-curi masa. Disebabkan rasa yang membuak-buak nak berceritakan hal ini, saya bertekad nak tulis juga walau macammana sibuk sekalipun saya.


“JALINAN KASIH MEMBINA UKHWAH” itulah tema mereka untuk hari keluarga tahun ini. Saya berasa amat berbangga dan bertuah tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada mereka kerana telah menjemput saya untuk menyertai bersama. Walaupun pada awalnya saya agak malu-malu untuk turun padang bersama-sama mereka, tetapi disebabkan ukhwah yg sangat unik di antara mereka, saya mudah mesra bersama mereka dan mereka juga sangat ramah dengan saya. Saya berasa terharu dengan hal ini kerana mereka tidak memilih kasih atau dalam istilah lain “pilih bulu” sebab saya bukan lah dari kalangan mereka. Itulah yang uniknya ukhwah mereka. Dari pegawai hinggalah ke ahli-ahli nya. Tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana telah berjaya membuktikan konsep ukhwah yang sebenar.


Saya harap sikap ini boleh dijadikan contoh kepada yang lain. Ukhwah dan kasih sayang bukanlah hanya sesama kita dengan keluarga atau sesama kawan karib atau sesama kenalan rapat. Bahkan perlu diwujudkan dengan sesiapa sahaja. Selagi kita waras, kita diwajibkan untuk berukhwah dan berkasih sayang. Seperti dalam sabda baginda s.a.w : "Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari).


Dalam hadis lain baginda s.a.w bersabda lagi :

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.


Jelas dan terang hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak. Islam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat.

Oleh yang demikian marilah kita menjalinkan kasih agar terbina ukhwah.

Saturday, July 17, 2010

PRECIOUS FRIEND


PRECIOUS FRIEND



you are truly a precious gift
who gives others all that you are,
and whenever someone needs a lift,
you are never far.

words can't express your value to me.
you're the most kind and caring person
i've ever met.
for without you, i don't know where i'd
be.
you'd give your life for others, i bet.

i don't know how to thank you for
being so special.
but i still wanted you to know how i
feel.
you're far more precious than the most
expensive jewel.
as far as friends go, you are ideal!

Friday, July 16, 2010

PESONA TAHAJUD



Dengan curahan air malam hari
Mencari susur galur ketenangan
Melata ke seluruh tubuh
Membalut diri dengan kain suci
Bersembunyi di sebalik kegelapan

Selesa pada keadaanku
Tenang menarik nafas
Kalimah Allah jadi jalan
Minta maghrifah minta keredhaan
Syukur itu jawaban

Perjalanan panjang lewat malam itu
Hadir niat menyusul qiam
Rukuk, iktidal, sujud,iftirasy semua kulalui
Berakhir gerak dengan tasyahud
Taslim dan muhasabah tak pernah ditinggal

Dialog manusia dengan tuhan
Tiada perantara tidak tertekan
Terhapus dosa jadi harapan
Amalan dunia bekalan akhirat
Moga Tahajud jadi jalan
Amiin.....
Related Posts with Thumbnails