Kawan Abidsufi =)

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan... =)

Salam Ramadhan karEEm buat semua musliMIN dan musliMAT...

semoga Ramadhan ini lebih banyak mengINSAFkan
kita dan lebih-lebih banyak AMAL BAIK yang kita manfaatkan dan lebih-lebih-lebih banyak TAQWA kita kepada Allah s.w.t.

Semoga redha dan rahmat Allah s.w.t. sentiasa bersama kita.


" Limpahkanlah amal soleh kita sebagaimana Allah s.w.t. melimpahkan kurniaNya pada kita ".


Selamat berpuasa dan merebut pahala amal di bulan yang penuh barakah ni =)


Ahlan ya ramadhan kareem...


p/s : puasa bukannyew tahan makan char kuew teow dan minum air batu campur jew tau!


Monday, July 25, 2011

Apew tu?!

Bismillahhirrahmanirrahim...

makhluk 1 : Aaaacchhhoooooo....... Addooiii... banyaknye habuk.
Selamat ke ni.
Dasat betul. Da macam rumah hantu kat WONDERLAND je.

makhluk 2 : Ape xnye, da 5 bulan tinggal tanpe waris.

abidsufiyonna a.k.a. pemilik blog : Hehe... mahap la ye. Bukan sengaja tinggal. Tp, da macam2 jadi sepanjang 5 bulan tu. Dgn exam fasa 1 nye, lps tu dgn xsemena-mena terus2 ade rusuhan, lepas tu terus sambung dgn exam fasa 2 pulak.
Bukan main bz lg la nye =p
Hihi...

Actually, ingat nak buat perubahan / pembaharuan sikit la kat halaman blog ni. Kasi nampak ala-ala Majalah sket, tp style landscap punye.
paham ke?!
Haha... belasah jew =p

Lebih kurang macam ni la...

Ade cerita, ade berita, ade gosip, ade gambar2 panas /sejuk =p , ade lawak, ade iklan, dan macam2 "ADE" lg la.
Yang paling "ADE" sekali... RESEPI =)
hihi... penting tu.
Xde resepi, xde la kite makan. Kan..kan..kan...

Btw, tu sebenarnye pokok bunga paling mahal yg nk ditambah kat dalam laman ni. Hasil cetusan idea bersama PROF.DR.CIKGU saye yg saye amat respect dan TABIK la dgn kebolehannye memasak dgn penuh style =)
Tahniah prof.dr.cikgu !

Ok la.. seterusnye, tunggu entri terbaru yg akan datang.
jeng...jeng...jeng...


p/s : SELAMAT berBLOG KEMBALI!!! =)

Thursday, January 27, 2011

Kalam ZUZU =D


begitu banyak fikir dan firasat
begitu banyak salah dan ralat
bersederhanalah menyusun kalimat
kelak tak sesal mengundang mudharat
di sini bukan gelanggang silat
...bukan juga pentas gelagat
lapanglah dada ikuti nasihat
terima segalanya penuh hemat
tenang tenang wahai sahabat
salurkan fb ke susur manfaat
kepadaNYa jua kita munajat
memohon yg baik menghindar yg jahat
agar segalanya patuh dan taat
ikutan Rasul & perintah Rabbul Izzat


p/s : sekalipun rajin menaip, tak payah la "over" sgt. Ni nak salin baju pun nak taip kat fb. =)

Thursday, December 16, 2010

7 Fakta Mengenai Baju Daging Lady Gaga...










Pelik betul la si pelik neh.








Kalau kowang nak tau lebih lanjut,
boleh klik sini...
"7fakta mengenai baju daging lady gaga"
...
Xmo tiru tau =p









p/s :
Jangan ade baju dari daging orang plak sudah. Gara-gara Lady Gaga =p

Wednesday, December 15, 2010

Petua Cegah Rambut Beruban gune Teh jew!



"Rambutmu lembut bak sutera, hitam bak arang dapur". Hehe.. (pepatah yang sengaja diada2kan. mengada2 betul!)


Cakap pasal rambut hitam neh, sapew la yang xnak rambut hitam legam shining-shining macam model iklan shampoo kat tibi tu. Manusia karat jew yang nak rambut karat-karat tu. Jangan kate perempuan jew, lelaki pun same naik nak cantikkan rambut.


Namun, sebenarnyew ade sebab kenapa shampoo untuk menghitamkan rambut dicipta dan dikeluarkan di pasaran. Sebabnyew... nak tutup "uban". Hakhakhak... (over plak gelak =p)
Bahasa sopan sket
"rambut putih".

Ada beberapa faktor penyebab yang menyebabkan munculnya rambut putih neh lebih awal. Maksudnyew, di kalangan golongan muda-mudi la.
Di antaranya adalah sebab stress dan gaya hidup tak bapew sihat.


So, saye dengan baik hatinyew ingin mengongsikan petua untuk membantu mencegah rambut putih tumbuh sebelum sampai waktunya.

Memule... Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, pastu kacau sampai larut. Bila dah sejuk ala-ala suhu bilik, tuangkan secara merata-rata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala tu. Biarkan selama sejam, pastu bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo.

Untuk hasil yang maksima dan menakjubkan, ulang buat operasi hilang rambut putih neh sekurang-kurangnya sebulan sekali. InsyaAllah...

p/s : Hemmm... Lepas neh xpayah pakai shampoo da la nampaknyew =D

Tidur Yang Sunat Dikejutkan



Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:


Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.
Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:


“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”

(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua: Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:


“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tang gungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar..”

(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:


“Tidur subuh menegah rezki.”

(Hr Ahmad – sanad lemah)


Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu.
Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:


“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”

(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”

(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah.
Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.


Kesembilan: Perempuan yang tidur menelentang .
Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh: Seseorang yang tidur meniarap.
Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda: Maksudnya:

“Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”

(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya:

“Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”

(Hr Ibnu Majah)


Kesebelas: Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:


“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya.
Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.
Nabi saw bersabda:


“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”

(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

p/s : diCopy dari

Amalan Solat Tahajud



SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.


Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.


Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.


Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.

Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." (Surah Al-Israk: Ayat 79)

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.


Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.


Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.


Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah
:
a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).


Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.


Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.


p/s : "Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu."
Related Posts with Thumbnails