Kawan Abidsufi =)

Showing posts with label Tip-tip. Show all posts
Showing posts with label Tip-tip. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Petua Cegah Rambut Beruban gune Teh jew!



"Rambutmu lembut bak sutera, hitam bak arang dapur". Hehe.. (pepatah yang sengaja diada2kan. mengada2 betul!)


Cakap pasal rambut hitam neh, sapew la yang xnak rambut hitam legam shining-shining macam model iklan shampoo kat tibi tu. Manusia karat jew yang nak rambut karat-karat tu. Jangan kate perempuan jew, lelaki pun same naik nak cantikkan rambut.


Namun, sebenarnyew ade sebab kenapa shampoo untuk menghitamkan rambut dicipta dan dikeluarkan di pasaran. Sebabnyew... nak tutup "uban". Hakhakhak... (over plak gelak =p)
Bahasa sopan sket
"rambut putih".

Ada beberapa faktor penyebab yang menyebabkan munculnya rambut putih neh lebih awal. Maksudnyew, di kalangan golongan muda-mudi la.
Di antaranya adalah sebab stress dan gaya hidup tak bapew sihat.


So, saye dengan baik hatinyew ingin mengongsikan petua untuk membantu mencegah rambut putih tumbuh sebelum sampai waktunya.

Memule... Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, pastu kacau sampai larut. Bila dah sejuk ala-ala suhu bilik, tuangkan secara merata-rata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala tu. Biarkan selama sejam, pastu bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo.

Untuk hasil yang maksima dan menakjubkan, ulang buat operasi hilang rambut putih neh sekurang-kurangnya sebulan sekali. InsyaAllah...

p/s : Hemmm... Lepas neh xpayah pakai shampoo da la nampaknyew =D

Friday, October 22, 2010

Rahsia Merehatkan Mata.



Rahsia Merehatkan Mata

Membaca dan mengulangkaji buku dan nota-nota untuk peperiksaan amat meletihkan badan anda. Oleh itu amatlah penting bagi anda untuk mengetahui cara-cara melegakan otak anda selepas selesai membaca.

Bacalah untuk tempoh yang tidak terlalu lama dan diselangi dengan sedikit masa rehat. Misalnya, baca untuk selama 45 minit atau 1 jam dan selepas itu berehat selama 10 minit. Hindari amalan membaca terus-terusan untuk suatu jangkamasa yang melebihi 1 jam. Ini kerana, otak anda yang letih sukar untuk menerima ilmu yang anda paksakan kepadanya.

Merehatkan Mata

Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang 'letih' wajar dielakkan kerana mata adalah 'saluran' pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam otak anda. Oleh itu amat perlu untuk 'merehatkan' mata anda pada setiap 1 jam.

Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? Adakah anda melompat terus ke atas katil? Awas! Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh 'merehatkan terus' otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk merehatkan mata dan melegakan otak anda.

Amalkan teknik-teknik di bawah ini.

Untuk merehatkan mata: Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak 3 kali.

Untuk menguatkan mata: Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.

Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.

Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:

1. Pandang terus ke depan.

2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.

3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.

4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.

5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).

6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.

7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.

8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.

9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.

Lakukan senaman ini:

- Berdiri tegak

- Tarik nafas panjang

- Lepaskan nafas melalui mulut

Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda. Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi 'segar'. Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.

Jangan Lupa! kesemua teknik berkesan ini perlu anda amalkan dalam masa lebih kurang 10 minit selepas anda mentelaah pelajaran selama 1 jam.

Wednesday, August 04, 2010

10 TIP BAGAIMANA UNTUK MENYAYANGI SESEORANG


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.


5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.


6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.


7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.


9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.


10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Related Posts with Thumbnails