Kawan Abidsufi =)

Friday, October 22, 2010

Rahsia Merehatkan Mata.



Rahsia Merehatkan Mata

Membaca dan mengulangkaji buku dan nota-nota untuk peperiksaan amat meletihkan badan anda. Oleh itu amatlah penting bagi anda untuk mengetahui cara-cara melegakan otak anda selepas selesai membaca.

Bacalah untuk tempoh yang tidak terlalu lama dan diselangi dengan sedikit masa rehat. Misalnya, baca untuk selama 45 minit atau 1 jam dan selepas itu berehat selama 10 minit. Hindari amalan membaca terus-terusan untuk suatu jangkamasa yang melebihi 1 jam. Ini kerana, otak anda yang letih sukar untuk menerima ilmu yang anda paksakan kepadanya.

Merehatkan Mata

Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang 'letih' wajar dielakkan kerana mata adalah 'saluran' pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam otak anda. Oleh itu amat perlu untuk 'merehatkan' mata anda pada setiap 1 jam.

Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? Adakah anda melompat terus ke atas katil? Awas! Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh 'merehatkan terus' otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk merehatkan mata dan melegakan otak anda.

Amalkan teknik-teknik di bawah ini.

Untuk merehatkan mata: Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak 3 kali.

Untuk menguatkan mata: Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.

Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.

Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:

1. Pandang terus ke depan.

2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.

3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.

4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.

5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).

6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.

7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.

8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.

9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.

Lakukan senaman ini:

- Berdiri tegak

- Tarik nafas panjang

- Lepaskan nafas melalui mulut

Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda. Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi 'segar'. Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.

Jangan Lupa! kesemua teknik berkesan ini perlu anda amalkan dalam masa lebih kurang 10 minit selepas anda mentelaah pelajaran selama 1 jam.

Thursday, October 21, 2010

Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar 2010

Istiadat Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar 2010 ini diadakan di Azhar Conference Center (ACC), Madinah Nasr, Cairo. Pada Ahad 10 Oktober 2010 (10/10/10).Disempurnakan oleh Syeikhul Azhar al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Muhammad at-Toyyib.













Seramai lebih kurang 400 orang dari kalangan graduan dan graduanita dari pelbagai fakulti dan jabatan telah menerima skrol pada majlis istiadat konvokesyen tersebut.

Tergambar kegembiraan pada wajah-wajah mereka kerana telah berjaya bergelar GRADUAN UNIVERSITI AL-AZHAR.
Semoga ilmu yang dimiliki dimanfaatkan walau di mana jua.




p/s : Tengok kawan2 konvo, rase berkobar2 betul semangat nak konvo jugak. InsyaAllah bakal, lagi 2 tahun =)

Tuesday, October 05, 2010

Meriahnya Raya =)














Meriahnya raye ... Walaupun jauh di perantauan, tetap terase suasana berhari raye. Cuma situasi je lain sket.hihi...


Sape kate raye kat perantauan tak seronok?!
Belum rase tak tau maa...


Tengok tu kiteorang hepi sangat.
Walaupun keluarga dan sanak saudara jauh di tanahair... kami semua tetap raikan hari raye dengan riang dan gembira bersama kawan2 seperantauan.hikhikhik...







Dah jauh ni... kawan2 la jadik keluarga dan sanak saudara kite.
Lagipun bukan senang
nak kumpul ramai2 macam ni melainkan ade makan2.
hehe...








Sebenarnye, walau dimane kite beraye sekalipun... lemang ketupat me
mang tak buleh lupe. Tambah2 lagi kueh raye yang macam2 jenis, macam2 kaler, macam2 rase tu.hihi...
Tu lah agen2 pemeriah hari raye.



Tapi sebenarnye di sebalik kemeriahan yang berlaku neh... ade satu tragedi yang terlalu hiba kalau nak diceritakan. Disebabkan saye ni suke la bercerita.. saye nak citer jugak.hehe...



Raye ketiga aritu... mase tu baru lepas abis makan kat jamuan hari raye (makan lagi... )hihi... saye cadang nak balik umah. Tapi, lain pulak yang jadik.


Kasut raye saye hilang maaa...
Adusss... sape plak yang admire kat kasut yang dah sebulan xbasuh tu?!







Kat depan tangge tu, selipar neh je yang ditinggalkan!!!
Betul punye profesional orang neh.
Ape ilmu die pakai agaknye?!




Hihi... sebenarnye tu tambahan je. Saje buat gempak!!! Yang hilang ade la dalam anggaran 4-5 pasang. Puas saye pusing satu umah, turun naik-turun naik. Da la tengah kenyang.(hongeh nye... orang yang makan je yang tau).Hihi...Konon2 dengan harapan kot la jumpe balik kasut buruk tu. ***Sebenarnye, walaupun buruk, tetap sayang tau. Tu la satu2 nye kasut yg rajin ikut saye pergi mane2 pun. Sedih neh! huhu... =( ***

Mane la tau ade yang nak sabotaj kasut tu kan.heh...
Tapi, seronok jugak hilang kasut neh.Hikhikhik...
Boleh dapat kasut baru.heeee... =)




Hihi... da nampak cam tak ikhlas plak kehibaan kat citer neh.Heh..
Kang lagi panjang citer, lagi banyak ketidak ikhlasannye.Haha...

Sebenarnye saje je nak citer pasal pengalaman beraye di perantauan neh. Not bad la.
Sonok jugak =)




Baiklah, di kesempatan syawal yang berbaki neh, saye mohon maaf andai ade salah laku silap kate ngan kalian. 0-0 la eh.Hihi...
SELAMAT HARI RAYA...


Wednesday, September 01, 2010

Kisah Perangkap Tikus


Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang-barang yang dibelanjakan tadi, seekor tikus memperhatikan gelagat mereka sambil menggumam “hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??”

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, ” Ada perangkap tikus di rumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus….”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, ” Ada perangkap tikus !” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. “

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan yang sama. ” Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. ”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata ” Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar bunyi detakan perangkap tikusnya menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang tersepit diperangkap itu membuatkan ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya ke hospital. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang tetapi masih demam akibat bisa dari ular itu.

Lalu si isteri meminta suaminya membuatkan sup cakar ayam oleh kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dibuat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Lalu si suami menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk diberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

p/s : MORAL DI SEBALIK KISAH INI :

SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA… FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Tuesday, August 31, 2010

Suami, Isteri Dan Cermin


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.
Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

ahaksss... lalala... =)

Sunday, August 29, 2010

MANDI WAJIB.


Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.


Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”
atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.

Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



p/s : Demikianlah serba sedikit yang dapat saya kongsi bersama pembaca dari sebuah artikel yang saya terbaca baru2 ini. Harap dapat jadi manfaat pada semua =)

Alhamdulillah... syukur =)



Ahad,
22 Ogos 2010,

Tengah syok-syok dengar ustaz Muhammad mengajar, tetibe kawan sebelah kiri saye neh cuit-cuit lengan saye. Saye pun, pandang la die. Pastu.. die bisik kat telinga saye... " natijah 2 usul da kuar hari neh! "...
Adusss... terkejut saye. Ustaz cakap apew kat depan pon saye xdengar da. Fikiran da sampai kuliah da. Cuma natijah jew tak nampak.
Dalam tak senang duduk tu, sempat lagi saye bagitau owang sebelah kanan saye pulak. Die senyum jew. Huhu...

Lepas habis kelas tu, saye dengan kawan sebelah kanan tadi terus pergi kuliah. Sepanjang perjalanan tu macam2 saye pikir. "Apew la keputusan aku?"

Sampai jew kat kuliah, saye terus nampak name saye yang tertampal dipintu kuliah. Saye bingung jap. "Macam mane nak bace neh". Dah lain pulak rupe natijah neh.
Banyak kali saye ulang2 bace name dan natijah saye. Kot2 la terbace senget kew. Siap ta'kid lagi dengan kawan sebelah yang tengah salin2 tu.
Dia kate betul lah tu. Wahhh!!!...

Alhamdulillah... syukur yang teramat2 syukur saye kepada Allah Azzawajalla.
Dah tak terucap kate2 lain da mulut neh. Susah nak taip macam mane perasaan saye mase tu. Hanye Allah, saye dan owang2 kat situ jew yang tau betape gembira nyew saye ketika melihat keputusan yg terpampang tu.

Hal neh bukan setakat menggembirakan saye sowang jew, malah ayahande dan bonde dan adik2 saye juga gembira saat saye bagitau pasal natijah saye neh.
Akhirnyew saye dapat membuktikan yang usaha saye selame neh tak sia2.
Terima kasih yang tak terhingga buat ayahande dan bonde yang tak pernah putus doa untuk along. Terimalah kejayaan ini sebagai permulaan untuk along balas budi ayahande dan bonde =) .

Tak lupe saye ucapkan jazakumullahukhairan kathira kepada sume doktor pensyarah, cikgu2 tutor atas ilmu yang diberikan kepada saye. Juga terima kasih buat akak saye yang banyak bagi tunjuk ajar.

Saye najah sofi dan dapat naik tahun 3 untuk sesi yang akan datang. Dan saye bercadang nak ambik takhasus Hadis untuk meneruskan cita2 saye.
Hihi... =)

Tahniah buat kawan yang same2 berjaya. Yang kurang bernasib baik, usaha lagi. Gagal kali neh, tak bererti kamu gagal selama2nyew.
Semoga kite sume sentiasa diberi kejayaan dan ilmu yang diberkati dan diredhai.
Aminnnnn...

Related Posts with Thumbnails