Kawan Abidsufi =)

Friday, October 22, 2010

Rahsia Merehatkan Mata.



Rahsia Merehatkan Mata

Membaca dan mengulangkaji buku dan nota-nota untuk peperiksaan amat meletihkan badan anda. Oleh itu amatlah penting bagi anda untuk mengetahui cara-cara melegakan otak anda selepas selesai membaca.

Bacalah untuk tempoh yang tidak terlalu lama dan diselangi dengan sedikit masa rehat. Misalnya, baca untuk selama 45 minit atau 1 jam dan selepas itu berehat selama 10 minit. Hindari amalan membaca terus-terusan untuk suatu jangkamasa yang melebihi 1 jam. Ini kerana, otak anda yang letih sukar untuk menerima ilmu yang anda paksakan kepadanya.

Merehatkan Mata

Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang 'letih' wajar dielakkan kerana mata adalah 'saluran' pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam otak anda. Oleh itu amat perlu untuk 'merehatkan' mata anda pada setiap 1 jam.

Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? Adakah anda melompat terus ke atas katil? Awas! Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh 'merehatkan terus' otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk merehatkan mata dan melegakan otak anda.

Amalkan teknik-teknik di bawah ini.

Untuk merehatkan mata: Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak 3 kali.

Untuk menguatkan mata: Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.

Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.

Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:

1. Pandang terus ke depan.

2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.

3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.

4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.

5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).

6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.

7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.

8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.

9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.

Lakukan senaman ini:

- Berdiri tegak

- Tarik nafas panjang

- Lepaskan nafas melalui mulut

Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda. Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi 'segar'. Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.

Jangan Lupa! kesemua teknik berkesan ini perlu anda amalkan dalam masa lebih kurang 10 minit selepas anda mentelaah pelajaran selama 1 jam.

Thursday, October 21, 2010

Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar 2010

Istiadat Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar 2010 ini diadakan di Azhar Conference Center (ACC), Madinah Nasr, Cairo. Pada Ahad 10 Oktober 2010 (10/10/10).Disempurnakan oleh Syeikhul Azhar al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Muhammad at-Toyyib.













Seramai lebih kurang 400 orang dari kalangan graduan dan graduanita dari pelbagai fakulti dan jabatan telah menerima skrol pada majlis istiadat konvokesyen tersebut.

Tergambar kegembiraan pada wajah-wajah mereka kerana telah berjaya bergelar GRADUAN UNIVERSITI AL-AZHAR.
Semoga ilmu yang dimiliki dimanfaatkan walau di mana jua.




p/s : Tengok kawan2 konvo, rase berkobar2 betul semangat nak konvo jugak. InsyaAllah bakal, lagi 2 tahun =)

Tuesday, October 05, 2010

Meriahnya Raya =)














Meriahnya raye ... Walaupun jauh di perantauan, tetap terase suasana berhari raye. Cuma situasi je lain sket.hihi...


Sape kate raye kat perantauan tak seronok?!
Belum rase tak tau maa...


Tengok tu kiteorang hepi sangat.
Walaupun keluarga dan sanak saudara jauh di tanahair... kami semua tetap raikan hari raye dengan riang dan gembira bersama kawan2 seperantauan.hikhikhik...







Dah jauh ni... kawan2 la jadik keluarga dan sanak saudara kite.
Lagipun bukan senang
nak kumpul ramai2 macam ni melainkan ade makan2.
hehe...








Sebenarnye, walau dimane kite beraye sekalipun... lemang ketupat me
mang tak buleh lupe. Tambah2 lagi kueh raye yang macam2 jenis, macam2 kaler, macam2 rase tu.hihi...
Tu lah agen2 pemeriah hari raye.



Tapi sebenarnye di sebalik kemeriahan yang berlaku neh... ade satu tragedi yang terlalu hiba kalau nak diceritakan. Disebabkan saye ni suke la bercerita.. saye nak citer jugak.hehe...



Raye ketiga aritu... mase tu baru lepas abis makan kat jamuan hari raye (makan lagi... )hihi... saye cadang nak balik umah. Tapi, lain pulak yang jadik.


Kasut raye saye hilang maaa...
Adusss... sape plak yang admire kat kasut yang dah sebulan xbasuh tu?!







Kat depan tangge tu, selipar neh je yang ditinggalkan!!!
Betul punye profesional orang neh.
Ape ilmu die pakai agaknye?!




Hihi... sebenarnye tu tambahan je. Saje buat gempak!!! Yang hilang ade la dalam anggaran 4-5 pasang. Puas saye pusing satu umah, turun naik-turun naik. Da la tengah kenyang.(hongeh nye... orang yang makan je yang tau).Hihi...Konon2 dengan harapan kot la jumpe balik kasut buruk tu. ***Sebenarnye, walaupun buruk, tetap sayang tau. Tu la satu2 nye kasut yg rajin ikut saye pergi mane2 pun. Sedih neh! huhu... =( ***

Mane la tau ade yang nak sabotaj kasut tu kan.heh...
Tapi, seronok jugak hilang kasut neh.Hikhikhik...
Boleh dapat kasut baru.heeee... =)




Hihi... da nampak cam tak ikhlas plak kehibaan kat citer neh.Heh..
Kang lagi panjang citer, lagi banyak ketidak ikhlasannye.Haha...

Sebenarnye saje je nak citer pasal pengalaman beraye di perantauan neh. Not bad la.
Sonok jugak =)




Baiklah, di kesempatan syawal yang berbaki neh, saye mohon maaf andai ade salah laku silap kate ngan kalian. 0-0 la eh.Hihi...
SELAMAT HARI RAYA...


Related Posts with Thumbnails