Kawan Abidsufi =)

Thursday, December 16, 2010

7 Fakta Mengenai Baju Daging Lady Gaga...










Pelik betul la si pelik neh.








Kalau kowang nak tau lebih lanjut,
boleh klik sini...
"7fakta mengenai baju daging lady gaga"
...
Xmo tiru tau =p









p/s :
Jangan ade baju dari daging orang plak sudah. Gara-gara Lady Gaga =p

Wednesday, December 15, 2010

Petua Cegah Rambut Beruban gune Teh jew!



"Rambutmu lembut bak sutera, hitam bak arang dapur". Hehe.. (pepatah yang sengaja diada2kan. mengada2 betul!)


Cakap pasal rambut hitam neh, sapew la yang xnak rambut hitam legam shining-shining macam model iklan shampoo kat tibi tu. Manusia karat jew yang nak rambut karat-karat tu. Jangan kate perempuan jew, lelaki pun same naik nak cantikkan rambut.


Namun, sebenarnyew ade sebab kenapa shampoo untuk menghitamkan rambut dicipta dan dikeluarkan di pasaran. Sebabnyew... nak tutup "uban". Hakhakhak... (over plak gelak =p)
Bahasa sopan sket
"rambut putih".

Ada beberapa faktor penyebab yang menyebabkan munculnya rambut putih neh lebih awal. Maksudnyew, di kalangan golongan muda-mudi la.
Di antaranya adalah sebab stress dan gaya hidup tak bapew sihat.


So, saye dengan baik hatinyew ingin mengongsikan petua untuk membantu mencegah rambut putih tumbuh sebelum sampai waktunya.

Memule... Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, pastu kacau sampai larut. Bila dah sejuk ala-ala suhu bilik, tuangkan secara merata-rata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala tu. Biarkan selama sejam, pastu bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo.

Untuk hasil yang maksima dan menakjubkan, ulang buat operasi hilang rambut putih neh sekurang-kurangnya sebulan sekali. InsyaAllah...

p/s : Hemmm... Lepas neh xpayah pakai shampoo da la nampaknyew =D

Tidur Yang Sunat Dikejutkan



Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:


Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.
Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:


“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”

(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua: Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:


“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tang gungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar..”

(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:


“Tidur subuh menegah rezki.”

(Hr Ahmad – sanad lemah)


Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu.
Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:


“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”

(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”

(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah.
Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.


Kesembilan: Perempuan yang tidur menelentang .
Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh: Seseorang yang tidur meniarap.
Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda: Maksudnya:

“Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”

(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya:

“Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”

(Hr Ibnu Majah)


Kesebelas: Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:


“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya.
Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.
Nabi saw bersabda:


“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”

(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

p/s : diCopy dari

Amalan Solat Tahajud



SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.


Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.


Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.


Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.

Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." (Surah Al-Israk: Ayat 79)

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.


Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.


Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.


Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah
:
a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).


Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.


Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.


p/s : "Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu."

Friday, October 22, 2010

Rahsia Merehatkan Mata.



Rahsia Merehatkan Mata

Membaca dan mengulangkaji buku dan nota-nota untuk peperiksaan amat meletihkan badan anda. Oleh itu amatlah penting bagi anda untuk mengetahui cara-cara melegakan otak anda selepas selesai membaca.

Bacalah untuk tempoh yang tidak terlalu lama dan diselangi dengan sedikit masa rehat. Misalnya, baca untuk selama 45 minit atau 1 jam dan selepas itu berehat selama 10 minit. Hindari amalan membaca terus-terusan untuk suatu jangkamasa yang melebihi 1 jam. Ini kerana, otak anda yang letih sukar untuk menerima ilmu yang anda paksakan kepadanya.

Merehatkan Mata

Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang 'letih' wajar dielakkan kerana mata adalah 'saluran' pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam otak anda. Oleh itu amat perlu untuk 'merehatkan' mata anda pada setiap 1 jam.

Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? Adakah anda melompat terus ke atas katil? Awas! Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh 'merehatkan terus' otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk merehatkan mata dan melegakan otak anda.

Amalkan teknik-teknik di bawah ini.

Untuk merehatkan mata: Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak 3 kali.

Untuk menguatkan mata: Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.

Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.

Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:

1. Pandang terus ke depan.

2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.

3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.

4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.

5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).

6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.

7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.

8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.

9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.

Lakukan senaman ini:

- Berdiri tegak

- Tarik nafas panjang

- Lepaskan nafas melalui mulut

Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda. Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi 'segar'. Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.

Jangan Lupa! kesemua teknik berkesan ini perlu anda amalkan dalam masa lebih kurang 10 minit selepas anda mentelaah pelajaran selama 1 jam.

Thursday, October 21, 2010

Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar 2010

Istiadat Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar 2010 ini diadakan di Azhar Conference Center (ACC), Madinah Nasr, Cairo. Pada Ahad 10 Oktober 2010 (10/10/10).Disempurnakan oleh Syeikhul Azhar al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Muhammad at-Toyyib.













Seramai lebih kurang 400 orang dari kalangan graduan dan graduanita dari pelbagai fakulti dan jabatan telah menerima skrol pada majlis istiadat konvokesyen tersebut.

Tergambar kegembiraan pada wajah-wajah mereka kerana telah berjaya bergelar GRADUAN UNIVERSITI AL-AZHAR.
Semoga ilmu yang dimiliki dimanfaatkan walau di mana jua.




p/s : Tengok kawan2 konvo, rase berkobar2 betul semangat nak konvo jugak. InsyaAllah bakal, lagi 2 tahun =)

Tuesday, October 05, 2010

Meriahnya Raya =)














Meriahnya raye ... Walaupun jauh di perantauan, tetap terase suasana berhari raye. Cuma situasi je lain sket.hihi...


Sape kate raye kat perantauan tak seronok?!
Belum rase tak tau maa...


Tengok tu kiteorang hepi sangat.
Walaupun keluarga dan sanak saudara jauh di tanahair... kami semua tetap raikan hari raye dengan riang dan gembira bersama kawan2 seperantauan.hikhikhik...







Dah jauh ni... kawan2 la jadik keluarga dan sanak saudara kite.
Lagipun bukan senang
nak kumpul ramai2 macam ni melainkan ade makan2.
hehe...








Sebenarnye, walau dimane kite beraye sekalipun... lemang ketupat me
mang tak buleh lupe. Tambah2 lagi kueh raye yang macam2 jenis, macam2 kaler, macam2 rase tu.hihi...
Tu lah agen2 pemeriah hari raye.



Tapi sebenarnye di sebalik kemeriahan yang berlaku neh... ade satu tragedi yang terlalu hiba kalau nak diceritakan. Disebabkan saye ni suke la bercerita.. saye nak citer jugak.hehe...



Raye ketiga aritu... mase tu baru lepas abis makan kat jamuan hari raye (makan lagi... )hihi... saye cadang nak balik umah. Tapi, lain pulak yang jadik.


Kasut raye saye hilang maaa...
Adusss... sape plak yang admire kat kasut yang dah sebulan xbasuh tu?!







Kat depan tangge tu, selipar neh je yang ditinggalkan!!!
Betul punye profesional orang neh.
Ape ilmu die pakai agaknye?!




Hihi... sebenarnye tu tambahan je. Saje buat gempak!!! Yang hilang ade la dalam anggaran 4-5 pasang. Puas saye pusing satu umah, turun naik-turun naik. Da la tengah kenyang.(hongeh nye... orang yang makan je yang tau).Hihi...Konon2 dengan harapan kot la jumpe balik kasut buruk tu. ***Sebenarnye, walaupun buruk, tetap sayang tau. Tu la satu2 nye kasut yg rajin ikut saye pergi mane2 pun. Sedih neh! huhu... =( ***

Mane la tau ade yang nak sabotaj kasut tu kan.heh...
Tapi, seronok jugak hilang kasut neh.Hikhikhik...
Boleh dapat kasut baru.heeee... =)




Hihi... da nampak cam tak ikhlas plak kehibaan kat citer neh.Heh..
Kang lagi panjang citer, lagi banyak ketidak ikhlasannye.Haha...

Sebenarnye saje je nak citer pasal pengalaman beraye di perantauan neh. Not bad la.
Sonok jugak =)




Baiklah, di kesempatan syawal yang berbaki neh, saye mohon maaf andai ade salah laku silap kate ngan kalian. 0-0 la eh.Hihi...
SELAMAT HARI RAYA...


Wednesday, September 01, 2010

Kisah Perangkap Tikus


Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang-barang yang dibelanjakan tadi, seekor tikus memperhatikan gelagat mereka sambil menggumam “hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??”

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, ” Ada perangkap tikus di rumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus….”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, ” Ada perangkap tikus !” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. “

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan yang sama. ” Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. ”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata ” Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar bunyi detakan perangkap tikusnya menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang tersepit diperangkap itu membuatkan ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya ke hospital. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang tetapi masih demam akibat bisa dari ular itu.

Lalu si isteri meminta suaminya membuatkan sup cakar ayam oleh kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dibuat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Lalu si suami menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk diberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

p/s : MORAL DI SEBALIK KISAH INI :

SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA… FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Tuesday, August 31, 2010

Suami, Isteri Dan Cermin


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.
Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

ahaksss... lalala... =)

Sunday, August 29, 2010

MANDI WAJIB.


Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.


Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”
atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.

Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



p/s : Demikianlah serba sedikit yang dapat saya kongsi bersama pembaca dari sebuah artikel yang saya terbaca baru2 ini. Harap dapat jadi manfaat pada semua =)

Alhamdulillah... syukur =)



Ahad,
22 Ogos 2010,

Tengah syok-syok dengar ustaz Muhammad mengajar, tetibe kawan sebelah kiri saye neh cuit-cuit lengan saye. Saye pun, pandang la die. Pastu.. die bisik kat telinga saye... " natijah 2 usul da kuar hari neh! "...
Adusss... terkejut saye. Ustaz cakap apew kat depan pon saye xdengar da. Fikiran da sampai kuliah da. Cuma natijah jew tak nampak.
Dalam tak senang duduk tu, sempat lagi saye bagitau owang sebelah kanan saye pulak. Die senyum jew. Huhu...

Lepas habis kelas tu, saye dengan kawan sebelah kanan tadi terus pergi kuliah. Sepanjang perjalanan tu macam2 saye pikir. "Apew la keputusan aku?"

Sampai jew kat kuliah, saye terus nampak name saye yang tertampal dipintu kuliah. Saye bingung jap. "Macam mane nak bace neh". Dah lain pulak rupe natijah neh.
Banyak kali saye ulang2 bace name dan natijah saye. Kot2 la terbace senget kew. Siap ta'kid lagi dengan kawan sebelah yang tengah salin2 tu.
Dia kate betul lah tu. Wahhh!!!...

Alhamdulillah... syukur yang teramat2 syukur saye kepada Allah Azzawajalla.
Dah tak terucap kate2 lain da mulut neh. Susah nak taip macam mane perasaan saye mase tu. Hanye Allah, saye dan owang2 kat situ jew yang tau betape gembira nyew saye ketika melihat keputusan yg terpampang tu.

Hal neh bukan setakat menggembirakan saye sowang jew, malah ayahande dan bonde dan adik2 saye juga gembira saat saye bagitau pasal natijah saye neh.
Akhirnyew saye dapat membuktikan yang usaha saye selame neh tak sia2.
Terima kasih yang tak terhingga buat ayahande dan bonde yang tak pernah putus doa untuk along. Terimalah kejayaan ini sebagai permulaan untuk along balas budi ayahande dan bonde =) .

Tak lupe saye ucapkan jazakumullahukhairan kathira kepada sume doktor pensyarah, cikgu2 tutor atas ilmu yang diberikan kepada saye. Juga terima kasih buat akak saye yang banyak bagi tunjuk ajar.

Saye najah sofi dan dapat naik tahun 3 untuk sesi yang akan datang. Dan saye bercadang nak ambik takhasus Hadis untuk meneruskan cita2 saye.
Hihi... =)

Tahniah buat kawan yang same2 berjaya. Yang kurang bernasib baik, usaha lagi. Gagal kali neh, tak bererti kamu gagal selama2nyew.
Semoga kite sume sentiasa diberi kejayaan dan ilmu yang diberkati dan diredhai.
Aminnnnn...

Wednesday, August 18, 2010

SURAT UNTUK PEMBACA =)


tinta merah jambu
alexandria,egypt.


Assalamualaikum w.b.t,
Buat pembaca...

Hehe... saye harap sume pembaca tinta merah jambu neh sihat dan ceria selalu macam saye hikhikhik.. Alhamdulillah, amiiinnn... Sebenarnyew, tujuan saye datangkan entri neh sebab... tah lew. Saye pun xtau kenape. Hihi..

Banyak gelak lak saye neh. Sebenarnyew, sajew nak test tulisan pink neh atas background baru saye neh. Hikhikhik...
Bukan apew, sebelum2 neh saye ade dapat komen dari pembace. Dieowang komplen katenyew xnampak tulisan la, pink sangat la, sakit mate la, tu la, neh la...hehe... Disebabkan tu lah saye menukar background demi pembaca yang tersayang. Yang penting hepi =)

Mekaceh banyak kepade pembaca2 blog saye sebab sudi mengomen dan bagi pendapat. Dengan komen2 dari kalian lah saye sentiasa bersemangat memperbaiki blog yang x seberape neh. Dan dengan harapan yang menggunung, saye berharap semoga tinta merah jambu neh mendapat pengunjung yang ramai dan idea saye juga mencurah2 untuk dikongsi bersame pembace =)

Dikesempatan ini jugak, saye nak ucapkan tahniah kepada sume kawan2 saye yang berjaya dalam periksa baru2 neh. Kepada yang kurang bernasib baik, anda bukanlah x hebat, gagal sekali bukan bermakne gagal sampai bile2. Semoga hari neh lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari neh.. begitulah sampai bile2 =)

Emmm... tu jew la kot untuk kali neh. Lagipon sajew2 jew neh. Saye akan pastikan entri2 yang saye post kat tinta merah jambu neh, sentiasa best dan x bosan la. Hehe... Opsss... sebelum saye terlupe, rasenyew sempat lagi saye ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASE =)
Semoga puase kali neh lebih banyak mendapat berkat dan manfaat buat kite. Ilal liqo' =)

Sekian, wassalam
.

salam sayang,
abidsufi =)

Kisah Orang Yang Takda Komputer Dan Email


Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya..

Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.
Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu. Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya

Saturday, August 14, 2010

HIKMAH RAMADAN (bahagian dua)


Perlu diketahui oleh setiap mukmin bahawa Allah memberkati bulan Ramadan kerana terdapat banyaknya kebaikan dan keutamaan di dalam bulan tersebut antaranya:

Keutamaan Pertama

Dibulan Ramadan terdapat malam Lailatul Qadar. Yang mana dikeranakan oleh malam tersebut maka ibadah seseorang mukmin lebih baik dari beribadah diseribu bulan yang lain atau lebih mulia dari beribadah sepanjang seribu bulan. Keutamaan bulan Ramadan juga ialah apabila Allah Subhanahu wa-Ta'ala memilih malam Lailatul Qadar diturunkan padanya al-Quran untuk membimbing manusia ke jalan hidayah dan kemuliaan.

Orang-orang beriman digalakkan agar berlumba-lumba bangun melakukan amal ibadah dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, kerana bulan ini adalah bulan yang paling mulia di sisi Allah. Keutamaannya sangat besar sebagaimana digambarkan dalam surah al-Qadar:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ اَلْفِ شَهْرٍ.


"Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan".

Malam Lailatul Qadar dijelaskan oleh al-Quran sebagai malam yang di penuhi dengan berkat, rahmat dan fadhilat sebagaimana firman Allah:

اِنَّا اَنْزَلْنَاهُ فِى لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ اِنَّاكُنَّا مُنْذِرِيْنَ ، فِيْهَا يُفْرَقُ كُلُّ اَمْرٍ حَكِيْمٍ اَمْرًا مِنْ عِنْدِنَا اِنَّا كُنَّا مُرْسَـلِيْنَ ، رَحْمَةً مِّنْ رَّبِّكَ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.


"Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran di malam Lailatul Qadar pada malam yang penuh berkat. Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan (kepada manusia), pada malam (penuh berkat) itu ditetapkan (dijelaskan) semua perkara dari Kami. Kerana sesungguhnya Kami sentiasa mengutus para rasul, sebagai rahmat Allah Tuhan engkau. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Ad-Dukhan, 44:3-6.

Bilakah Malam Lailatul Qadar?

Dalam sebuah hadith, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ اْلاوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ


"Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Pilihlah (carilah) malam Lailatul Qadar di (pada hari) ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadan".


Imam Syafie rahimahullah berkata:

"Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam setelah ditanya: Apakah kami mencarinya dimalam ini? Baginda menjawab: Carilah dimalam tersebut".

Adapun yang dimaksudkan: "Carilah dimalam tersebut", ia telah diterangkan dari Ibnu Umar radiallahu 'anhuma beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

"Carilah (malam tersebut) pada sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu janganlah tertinggal tujuh hari yang sisanya".

Dari Aisyah radiallahu 'anha pula berkata:

“Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya di waktu yang lain".

Keutamaan Kedua

Dikhususkan diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala pada malam bulan Ramadan agar turun para malaikat bersama malaikat Jibril ‘alaihis salam ke langit dunia. Firman Allah:

تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوْحُ فِيْهَا بِاِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ اَمْرٍ


"Pada malam (Lailatul Qadar) turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan"


Ganjaran bagi orang-orang beriman yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan beramal soleh seperti membaca al-Quran, solat tarawikh, mengerjakan umrah dan sebagainya adalah pengampunan dosa-dosanya yang telah lalu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

"Bersabda Rasulullah sallallahu‘alaihi wa-sallam: Sesiapa yang bangun di malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan ihtisab, diampunkan dosanya yang telah lalu".



Keutamaan Ketiga

Ganjaran pahala yang besar diberikan kepada sesiapa yang bertadarus (membaca dan mempelajari al-Quran) dibulan yang mulia ini, kerana mengikut contoh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang bertadarus dengan Jibril 'alaihis salam di Ramadan, sebagaimana juga amalan para sahabat dan para Salaf as-Soleh. Begitu juga al-Quran pula diturunkan dibulan yang penuh keberkatan ini sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

شَهْرُرَمَضَانَ الَّذِىْ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ ، فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ.


"Bulan Ramadan itulah bulan di dalamnya diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia, menjadi keterangan-keterangan dari petunjuk itu sehingga membezakan antara yang hak dengan yang batil. Maka barangsiapa antara kamu melihat bulan itu hendaklah ia berpuasa".

Al-Baqarah, 2:185.


وَكَانَ يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ يَتَدَارَسَهُ الْقَرْآنَ


"Yang mana baginda (Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam) bertemu Jibril pada setiap malam dari bulan Ramadan, baginda bertadarus al-Quran".


Keutamaan Keempat

Segala jin-jin jahat dan syaitan dibelenggu dengan rantai, ini supaya tidak dapat bebas mengoda dan merosakkan ibadah puasa dan segala ibadah manusia yang beriman sebagaimana bebasnya di bulan-bulan yang lain. Pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu langit dan syurga dibuka kepada mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ اَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ اَبْوَابُ النَّارِ ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنَ.


"Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Jika datang bulan Ramadan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggulah para syaitan". "Jika telah datang awal malam bulan Ramadan diikatlah para syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu pun yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintu pun yang tertutup, menyerulah seorang penyeru: Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah! Wahai orang yang ingin keburukan kurangkanlah! Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap malam".

Maksud "dibebaskan dari neraka", ialah diberi pengampunan dibulan Ramadan bagi pelaku maksiat yang bakal ke neraka lantaran beribadah, bertaubat, beristigfar dan permohonan doanya kepada Allah yang dilakukan dengan penuh keimanan, kekhusyukan dan keikhlasan terutamanya dimalam Lailatul Qadar. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

"Allah memiliki para hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam Ramadan, dan setiap muslim yang berdoa akan dikabulkan doanya".



Keutamaan Kelima

Dibuka luas pintu-pintu rahmah (untuk menperolehi pahala yang berganda) dan doa yang dipohon dengan penuh keikhlasan dikabulkan. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda:

اِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ اَبْوَابُ الرَّحْمَةِ


"Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibuka pintu-pintu rahmah".

Di samping mengerjakan ibadah-ibadah tatawwu' (sunnah) seperti bertadarus (membaca) al-Quran agar dengannya membersihkan jiwa dan menghancurkan syahwat, maka Nabi Muhammad menganjurkan agar memperbanyakkan doa.

"Diriwayatkan dari Aisyah radiallahu 'anha beliau berkata: Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika kau tahu bila malam Lailatul Qadar, apa yang aku ucapkan? Baginda bersabda: Ucapkanlah (doa):

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ

Bermaksud: "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku".


Keutamaan Keenam

Bulan Ramadan adalah bulan pengampunan dosa lantaran keutamaan dan tingginya kedudukan ibadah puasa di sisi Allah ‘Azza wa-Jalla. Seandainya seseorang yang berpuasa mempunyai dosa seperti buih di lautan, nescaya akan diampunkan apabila meminta pengampunan dengan sebab ibadah puasanya yang diberkahi. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.


"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".

Itulah janji Allah kepada mereka yang beriman dan mengerjakan ibadah puasa dibulan Ramadan dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ اِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ اِلَى رَمَضَانِ فَكَفَّرَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَااجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرِ.


"Solat yang lima, Jumaat keJumaat, Ramadan keRamadan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa besar".


Setiap mukmin sewajarnya mengambil kesempatan ini disetiap tibanya bulan Ramadan dengan banyak mengerjakan amal ibadah dengan penuh tawadduk, khusyuk dan penuh keikhlasan.

Keutamaan Ketujuh

Dibulan Ramadan, segala amal ibadah yang dikerjakan dengan penuh keimanan, keikhlasan, khusyuk dan tawadduk jika tidak diselang-seli dengan dosa-dosa besar, bid'ah dan khurafat, maka pahalanya akan digandakan. Oleh itu digalakkan agar menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan memperbanyak beramal ibadah dan berdoa. Segala doa akan dimakbulkan sehingga Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri melipat-gandakan ibadah dan doanya disetiap bulan Ramadan:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ اَجْوَدُ مَا يَكُوْنُ فِى رَمضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلَ فِىكُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ يُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ


"Dari Ibn Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah manusia yang paling pemurah, maka dia akan lebih pemurah dibulan Ramadan, dimana baginda ditemui oleh Jibril pada setiap malam Ramadan mengajarkan baginda al-Quran"

Tanda hikmah, kemuliaan dan berlipat gandanya pahala setiap ibadah dibulan Ramadan itu banyak, antaranya diwajibkan zakat fitrah, disunnahkan banyak bersedekah (infaq), digalakkan beriktikaf di masjid dan pahala umrah bagi yang mampu mengerjakannya dinilai sama seperti mengerjakan haji berserta Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Sebagaimana sabda baginda:

وَاِذَا صَلَّى الْفَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِيْ اِعْتَكَفَ فِيْهِ


"Setelah selesai sembahyang subuh, baginda masuk ke tempat kebiasaan baginda beriktikaf di bulan Ramadan".

Antara tanda kemuliaan dan berkahnya amal ibadah dibulan Ramadan dapat difahami dari hadith yang menjelaskan pahala yang besar yang diberikan kepada mereka yang mengerjakan umrah dibulan tersebut:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ عُمْرَةً فِى رَمَضَانَ تَقْضِى حَجَّةٌ اَوْ حَجَّةً مَعِيْ


"Sesungguhnya mengerjakan umrah di bulan Ramadan sama seperti mengerjakan satu haji atau mengerjakan haji bersamaku".

Related Posts with Thumbnails