Kawan Abidsufi =)

Thursday, July 29, 2010

Tak Bertanggungjawab?!

Emm... lama sungguh ku biarkan blog ni berhabuk. Dah la baru, tak bertanggungjawab pulak tu nak update.

Bukan tak bertanggungjawab, tapi dalam seminggu ni fikiran saya tak menentu asyik memikirkan hal keputusan peperiksaan yang macam nak tak nak je keluar. Berdebar tu jangan cakap la, rasa nak terkeluar jantung bila ada yang heboh kata keputusan dah tampal kat kuliah. Tapi, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi. Ada yang kata dalam minggu ni, ada jugak yang kata sebelum puasa, apa-apa pun yang sebenarnya tak ada tarikh khusus bila keputusan tu nak keluar. Oleh yang demikian, bersedia je la. Tu yang tak senang duduk tu. Bak kata pepatah la "makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah".

Tak cukup dengan keputusan periksa yang keluar segan, masuk tak mahu tu, saya pun agak sibuk dengan kelas mustawa yang saya sertai seminggu lepas. Sebagai mengisi masa yang terbuang dan menambah ilmu yang mana kurang tu (sebab tak balik malaysia tahun ni), berfaedah juga la daripada saya duduk saja-saja buang masa. Dah masuk kelas tu, mesti la ada homework. Bukan main banyak lagi ustaz tu bagi homework. Macam seronok je. Opkos la dia buat macam tu sebab nak bagi anak murid dia pandai macam dia. Tu yang tak sempat tu.

Ni pun ada lagi homework yang tak siap. Saja saya curi masa nak update dan post entri ni sebab saya rasa terharu pasal blog saya dah ada followers. Terima kasih banyak-banyak kepada followers kerana sudi follow blog saya yang baru lagi sederhana ni. Semoga kita boleh berkongsi idea dan mintak tunjuk ajar dari anda semua.

Tu lah seperkara dua yang agak menserabutkan dan menyibukkan saya dalam seminggu ni. Kepada kawan-kawan saya, saya mintak maaf banyak-banyak kalau dalam seminggu ni saya banyak menyusahkan, atau ada tersalah laku tersilap kata dengan kalian. Maklum lah, pemikir la katakan. Harap tak ada yang simpan di dalam hati. Di samping itu, saya juga mendoakan agar kita semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang kita lalui sebulan lalu.

Cukuplah sampai sini saya mengarang. Kot panjang sangat karang, bosan pulak orang baca. Semoga gembira dan ceria selalu.
Wassalam.





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails