Kawan Abidsufi =)

Tuesday, July 20, 2010

JALINAN KASIH MEMBINA UKHWAH




Sudah lama saya berhajat nak menulis entri ini. Tapi apakan daya, masa teramat lah mencemburui

saya untuk berbuat demikian. Alhamdulillah, hari ini dapat juga saya mencuri-curi masa. Disebabkan rasa yang membuak-buak nak berceritakan hal ini, saya bertekad nak tulis juga walau macammana sibuk sekalipun saya.


“JALINAN KASIH MEMBINA UKHWAH” itulah tema mereka untuk hari keluarga tahun ini. Saya berasa amat berbangga dan bertuah tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada mereka kerana telah menjemput saya untuk menyertai bersama. Walaupun pada awalnya saya agak malu-malu untuk turun padang bersama-sama mereka, tetapi disebabkan ukhwah yg sangat unik di antara mereka, saya mudah mesra bersama mereka dan mereka juga sangat ramah dengan saya. Saya berasa terharu dengan hal ini kerana mereka tidak memilih kasih atau dalam istilah lain “pilih bulu” sebab saya bukan lah dari kalangan mereka. Itulah yang uniknya ukhwah mereka. Dari pegawai hinggalah ke ahli-ahli nya. Tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana telah berjaya membuktikan konsep ukhwah yang sebenar.


Saya harap sikap ini boleh dijadikan contoh kepada yang lain. Ukhwah dan kasih sayang bukanlah hanya sesama kita dengan keluarga atau sesama kawan karib atau sesama kenalan rapat. Bahkan perlu diwujudkan dengan sesiapa sahaja. Selagi kita waras, kita diwajibkan untuk berukhwah dan berkasih sayang. Seperti dalam sabda baginda s.a.w : "Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari).


Dalam hadis lain baginda s.a.w bersabda lagi :

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.


Jelas dan terang hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak. Islam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat.

Oleh yang demikian marilah kita menjalinkan kasih agar terbina ukhwah.

1 comment:

  1. saye rase klaka sgt tengok entri kali ni.
    sbb campur2.
    hehe...
    yg penting hepi =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails